Travelog Pulau Pangkor
Hari Pertama
15 September 2016
Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Lumut, Perak mengambil masa kira-kira 4 jam. Aku bertolak dari rumah jam 11 pagi bersama-sama ibu dan adik perempuanku dan suaminya. Rancangannya untuk berkonvoi dengan sebuah lagi kereta kakakku dan keluarganya, namun rancangan tinggal rancangan saja.
Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Lumut, Perak mengambil masa kira-kira 4 jam. Aku bertolak dari rumah jam 11 pagi bersama-sama ibu dan adik perempuanku dan suaminya. Rancangannya untuk berkonvoi dengan sebuah lagi kereta kakakku dan keluarganya, namun rancangan tinggal rancangan saja.
Kami akhirnya rendezvous sewaktu singgah berhenti untuk
makan tengah hari di sebuah kedai makan di tepi Jalan Simpang Empat-Sitiawan, Kota Setia, Perak. Masa tu semua bajet nak makan udang galah sebab dengar2nya udang galah kat area ni layan. Memang restoran yang kami singgah tu ada macam-macam lauk udang galah dan pelbagai jenis ikan juga. Berhempas pulaslah aku menikmati udang galah goreng dan ikan patin masak lemak. Bila time nak bayar, peh berhempas pulas jugaklah nak keluar duit dari dompet.
Dua jari melambangkan dua ekor udang galah yang tumpas di tanganku |
Selepas itu perjalanan diteruskan menyusuri Jalan no 5 sehingga ke Sitiawan dan seterusnya sampai kami tiba di
jeti di Marina Island. Marina Island ini merupakan pulau buatan yang juga
merupakan jeti alternatif ke Pulau Pangkor selain jeti di Lumut. Tiket ke Pulau
Pangkor berharga RM15 pergi dan pulang. Namun begitu cas untuk parkir di jeti
ini sangat tinggi, mencecah RM35 semalaman untuk parkir tanpa bumbung dan RM45
untuk yang berbumbung. Oleh kerana kami bermalam dua malam di sana, maka kami
bayar RM90 untuk dua malam.
Bot
ke Pulau Pangkor lebih merupakan feri yang besar dan boleh memuatkan lebih kurang
200 orang penumpang pada satu-satu masa (aku agak2 je). Dan kekerapan feri adalah dalam satu
jam sekali, maka boleh aku katakan yang sistem feri di sini sangat efisien.
Kebetulan sewaktu kami tiba di jeti, sebuah bot sudah sedia menunggu sambil mengisi menumpang. Apa lagi, kami terus saja beli tiket dan terus naik. Sekali tengok bot dah penuh rupanya, kami yang last naik. Terpaksalah buat muka diva sebab semua mata tertumpu kat kita.
Apabila bot bergerak, aku mula rasa teruja dan mula feel2 macam nak pergi pulau. Sejak dari KL sebenarnya aku takde la feel sangat nak pergi Pulau Pangkor ni. Statement ni memang poyo, tapi ditambah lagi dengan aku yang masih belum pulih 100% daripada demam viral yang sudah masuk hari ke 4, memang aku tak rasa feel nak pergi mana2 dan lebih rela tidur kat rumah. Tapi kugagahkan jua demi keluarga cewah. Anyway, bila aku dengar bunyi enjin bot dan mula rasa bot terumbang-ambing bergerak, masa tu baru feel nak pergi pulau tu datang.
Lepas lebih kurang 10 minit aku tengah feel2 tu, tiba2 bunyi enjin feri mula mengendur. Eh? Dalam blur2 aku tengok ke luar tingkap dan baru aku sedar yang kami dah nak sampai ke Pulau Pangkor. Cepat gila bak hang! Untuk yang takut naik bot (read : akak MK), tak perlu risau, terumbang ambing yang saya sebut tu drama je lebih. Tak rasa pun sebenarnya.
Peta cilok dari google maps. Yang ada tanda coet tu Marina Island. |
Dalam 5 minit lepas tu feri pun selamat berlabuh dan berduyun-duyunlah manusia keluar menjejakkan kaki ke jeti Pulau Pangkor. Jeti di sebelah sini juga tidak kurang efisiennya dengan lorong naik dan turun feri diasingkan agar pergerakan lebih lancar. Dan keseluruhan jeti adalah berbumbung dan tiupan kipas angin besi sepanjang perjalanan ke bangunan utama jeti menambah selesa pengunjung jeti.
Keluar saja dari bangunan jeti, nah, deretan van2 berwarna merah jambu memenuhi pandangan. Begitu juga dengan barisan pemandu-pemandu van yang sibuk menawarkan perkhidmatan masing2. Tambang van di Pulau Pangkor ini boleh dikatakan sudah stabil, lebih kurang RM10 atau RM15 untuk satu perjalanan ke mana2 saja di pulau tersebut. RM10 untuk hari biasa dan RM15 untuk hujung minggu dan cuti sekolah. Walaupun tak murah untuk standard Malaysia, penetapan harga ini sedikit sebanyak dapat mengelakkan daripada pemandu mengecaj lebih daripada yang sepatutnya.
Kami ambil satu van dan mengisinya penuh dengan barang2 kami dan kesemua kami yang berjumlah 6 dewasa dan 3 kanak2. Dari jeti perjalanan ke pantai Pasir Bogak cuma mengambil masa kurang 10 minit. Jarak pun lebih kurang 3km saja. Tapi berbaloi3lah untuk kami yang 9 orang ni bayar RM10 je.
Anak sedara ku yang suka duduk depan van |
Di pantai Pasir Bogak, kami memilih Coral Bay Resort sebagai tempat tinggal kami selama 2 malam kami di sini. Hotel ini kelihatan seperti baru diubahsuai, namun design keseluruhannya tetap nampak lama. Lepas kami check in, maka berduyun-duyunlah kami bergerak masuk ke apartmen yang kami dah book sejak beberapa minggu lepas lagi. Apartment tersebut ada 3 buah bilik, cukup untuk kami 3 buah keluarga. Namun seperti yang aku nampak tadi, memang resort ini resort lama yang ditouch up supaya nampak baru. Aku malas nak komen banyak kat sini. Kalau nak baca review aku pasal resort ni, sila baca kat sini.
Coral Bay Resort |
Lepas
checkin dan rehat lebih kurang, kami turun untuk minum
petang complimentary (minum free). Okla ada makanan apa aku dah lupa tapi ada teh dan kopi
panas free flow tu buat aku rasa tenteram sikit. Lepas minum petang dah pukul 5
macam tu so kami decide just nak jalan2 kat pantai Pasir Bogak saja untuk
petang tu.
Dari resort kami, jalan kaki 5 minit saja sudah sampai pantai. Dekat
sangat. Tapi sebab baru pukul 5 petang, maka perjalanan ke pantai
dilambat-lambatkan dengan menyinggah ke setiap kedai yang berderet di tepi
jalan sepanjang resort sampai ke pantai. Takdelah banyak pun, ada la 5 kedai je
kot, tapi 5 kedai ni je dah cukup untuk buatkan kami sekeluarga sampai ke
pantai pada pukul 630 petang.
Saja je nak tunjuk kat mana Pantai Pasir Bogak ni (peta cilok Google Maps) |
Masa
sampai ke pantai tu, pengunjung dah semakin ramai. Pelancong dari merata2
tempat kat Asia ni ada kat pantai Pasir Bogak nih. Ha, baca betul-betul. Asia
saja ya. Ada yang dari Cina, India, Timur Tengah, dan Pantai Timur. Entah
kenapa tak ada pelancong mat mahupun minah saleh kat sini. Tak glamer di kalangan orang putih sangat
kot pantai Pasir Bogak ni.
Lepak2 tepi pantai Pasir Bogak |
Walaubagaimanapun,
matahari tetap turun jugak tak kisahlah bangsa apa yang ada kat pantai tu. Dan sunset
kat pantai ni memang cantik, sebagaimana sunset2 kat pantai2 lain jugak. Kalau
dah namanya sunset memang cantiklah. Kalau tak percaya tengok gambar kat bawah
ni.
Sunset di Pantai Pasir Bogak |
Cantik kan? Kecantikan sunset ni yang selalu buat orang leka dan tak
ingat yang senja bermakna dah masuk waktu magrib. Maka lepas terbenamnya
matahari, kami sekeluarga pun bergeraklah semula pulang ke resort. Lepas itu
free timelah. Siapa yang lapar lagi dia pergilah makan atau buatlah apa yang
suka. Di sekitar resort ni memang banyak gerai makan melayu macam char
kue tiow, burger dan juga ikan bakar. Tak lupa juga deretan restoran makanan
laut cina yang dipenuhi pengunjung sehingga lewat malam.
Aku? Apa lagi, qadha tidurlah. Letih kot. Begitulah sedikit sebanyak kisah aku di Pulau Pangkor pada hari pertama. Sambung esok entri lain.
Nash Azly
Tiada ulasan:
Catat Ulasan